Tuan Haji Burhanuddin Md. Radzi

Managing Director, Les' Copaque Production

Tuan Haji Burhanuddin Md. Radzi

Managing Director, Les' Copaque Production
019-3205716

Biography

BUTIR- BUTIR PERIBADI Nama : Burhanuddin Md. Radzi Tarikh Lahir : 4hb September 1956 Umur : 58 Tahun Status : Berkahwin Kelayakan : B. Eng. (Petroleum and Natural Gas) Hons., Universiti Teknologi Malaysia. No Telefon : Hp: 019-3205716 Alamat : No.1 Jalan Boling Padang, G13/G Section 13, 40100 Shah Alam Selangor   PENGALAMAN PERNIAGAAN Bekerja dengan Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) sebagai Jurutera Petroliam pada tahun 1982, sebaik sahaja tamat pengajian. Sebahagian besar kerjayanya di PCSB adalah di Miri, Sarawak dan menerajui proses pengambil alihan lapangan minyak Miri dari syarikat Sarawak Shell Berhad selepas Kontrak Pengeluaran Bersama antara Sarawak Shell Berhad dan PETRONAS tamat. Beliau dianugerahkan “President Award” pada tahun 1990 dan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Operasi Produksi untuk lapangan minyak Miri sebelum meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 1992 bagi menceburi sector swasta. Pada tahun 1994, beliau telah dipelawa untuk menjadi rakan kongsi dan pengarah urusan Dayang Enterprise Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelenggara pelantar minyak. Beliau telah membangunkan syarikat tersebut dari sebuah syarikat kecil sehingga syarikat itu bersedia untuk disenaraikan di pasaran saham KLSE. Sebelum proses penyenaraian tersebut dapat disempurnakan pada tahun 2004, beliau telah meninggalkan syarikat tersebut dan menjual kesemua kepentingan beliau. Pada Disember 2005, beliau telah mengambil keputusan untuk menceburi industri animasi dengan menubuhkan syarikat Les’Copaque Production Sdn.Bhd. Bersama isterinya, beliau telah membangunkan model perniagaan dan menetapkan arah tuju syarikat; menyediakan wadah bagi bakat muda tempatan berkarya untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai-nilai yang murni, mengetengahkan budaya kita yang mempunyai sentuhan global. Upin & Ipin, satu-satunya harta intelek yang kejayaannya sangat fenomena yang tidak pernah dihasilkan oleh mana-mana syarikat dari Malaysia yang mana hasilnya adalah dari titik peluh mereka dan pasukannya. Ia ditayangkan di Malaysia, Indonesia dan seluruh Negara Asean melalui Disney Channel Asia dan Turki.Selain Upin & Ipin, mereka juga telah membangunkan tiga lagi Harta Intelek iaitu “Pada Zaman Dahulu”, Puteri dan Elements. Selepas kejayaan membangunkan harta intelek tersebut, beliau telah menerajui dan membangunkan perniagaan sampingan yang berteraskan harta intelek seperti barangan, perlesenan, restoran bertema dan juga carnival. Kejayaan mereka telah menjadi sumber inspirasi kepada syarikat animasi tempatan untuk diikuti dan tanda aras yang hendak dicapai. Beliau melalui Les’Copaque Production Sdn.Bhd.telah berjaya meletakkan Malaysia dimata dunia dalam industri animasi global. Syarikat beliau juga adalah merupakan sebuah syarikat cemerlang dimana telah banyak menerima anugerah. Setakat ini, mereka telah menerima lebih dari 40 anugerah di dalam berbagai-bagai kategori.